Thursday, December 18, 2008

Saya budak baru belajar...:)




Assalamu'alaikum warahmatullah... Setinggi-tinggi pujian dipanjatkan buat Rabbul 'Izzati kerana dengan hidayah & 'inayah-Nya kita diberi peluang untuk meneruskan kehidupan menghirup udara-Nya, berjalan di atas ardh-Nya bergerak dengan tubuh yang dipinjamkan-Nya...Ya Ilahi,Alhamdulillah Hamdan Katsiran. Dengan Izin-Nya juga ana diberi kekuatan untuk menghasilkan blog kami (ana & zaujah) ini. Selawat dan salam buat junjungan mulia Muhammad Al-Musthofa, juga buat ahlulbait, para sahabat, tabi'ien, tabi'ut tabi'ien, serta bagi mereka yang berjuang menegakkan sunnahnya hingga hari kiamat. Subhanallah walhamdulillah wallahu akbar...

Menyentuh tentang menghasilkan blog ini, ianya bermula dengan rasa teruja zaujah ana melihat serta membaca blog-blog yang dihasilkan oleh beberapa orang sahabatnya. So, ana pun usahakanlah buat blog ni, bak akata Ali Baba Bujang Lapok; "siapa tak sayang bini oiii...". Memang tidak dinafikan zaman sekarang kebanyakan orang yang mahir dalam IT memang tidak akan melepaskan peluang untuk menghasilkan blog sendiri. Macam-macam genre blog ada, tapi yang penting bagi ana biarlah blog yang kami hasilkan ini akan menjadi medium dakwah yang sekaligus menyumbangkan kepada pelaburan saham akhirat kami nanti insyaAllah. Justeru, ana mengalu-alukan sebarang saranan, idea atau teguran daripada pelawat yang sudi berkunjung ke blog kami. Jazakallahu khairan kathira. InsyaAllah, ana akan pastikan blog ini akan menjadi blog yang menarik untuk dikunjungi. Akhirul kalam, segala yang baik itu datangnya dari Allah dan segala yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri ana namun hakikatnya kedua-duanya adalah datang dari ketentuan yang Maha Esa. Wallahu a'lam.