Thursday, November 19, 2009

Wednesday, November 18, 2009

SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU

SUASANA HARI LAHIR NASUHA





09102009:Genaplah Nasuha 'Irdhina Muhammad Ashraf 1 tahun.Waah, dah besar dah dia.Ni lah kali pertama anak ummiabi menyambut Ulangtahun kelahiran.ALHAMDULILLAH, syukur yang tak terhingga kehadrat Allah SWT kerana izinNya ummiabi diberi peluang untuk memiliki seorang cahaya mata yang sangat comel, kletah dan petah di hati ummiabi(walau hanya di mata kami)...

Ummiabi berbincang : Bila umur Nasuha genap setahun, ummiabi nak Nasuha mula memakai tudung bila keluar rumah terutama kalau pergi ke Bandar Miri. Bukan nak wajibkan hanya sekadar ingin membiasakan sahaja anak ummi bertudung. Alhamdulillah, impian kami untuk lihat Nasuha bertudung tercapai. Sekarang ni pun kalau Nasuha nak keluar rumah,Nasuha dah pandai cari tudung sendiri dan suruh wan atau ummi tolong pakaikan. Alhamdulillah…Nasuha seakan faham. Kadang kala seperti tak percaya tapi inilah hakikat…..itulah anak ummiabi…..Tapi bila Nasuha panas dan rasa tak selesa, mesti Nasuha nak bukak tudung. Tak pe la nak, bukak lah. Ummiabi tak memaksa..takut nanti langsung anak ummi xmoh pakai tudung:) Pakailah setakat mana yang termampu.
Bukan apa, teringat ummi pada hadith yang menyatakan bahawa ibu bapalah yang mencorakkan anak-anak. Sama ada Majusi atau Nasrani..jadi, ummi terpanggil untuk lakukan sesuatu sedikit demi sedikit,peringkat demi peringkat dalam mendidik dan mengasuh anak2 ummiabi…insyaallah….Sama seperti ibu bapa lain, di setiap doa ummi, ummi mahukan anak2 ummi(insyaallah) menjadi anak-anak yang soleh solehah, mentaati ibubapa, orang yang lebih tua selagi tidak bertentangan syariah. Ummiabi juga mengharapkan anak2 ummiabi suatu hari nanti tergolong dalam golongan hamba yang sentiasa berusaha membantu agama Allah. Wah, besar sungguh hajat ummi ni..tapi inilah hakikatnya…. Ummi mohon sentiasa diberi kekuatan, ketabahan oleh Allah SWT dalam mendidik anak. Takut benar rasanya tersalah mendidik AMANAH Allah ini. Namun…hari demi hari, masa berganti masa… pengetahuan, ilmu, pengalaman dan kemahiran pastinya ummiabi perlu gali sedalam-dalamnya sebagai tanda arah serta panduan kami untuk mendidik anak-anak seperti mana yang dituntut olehNya..

InsyaAllah.....