Tuesday, December 1, 2009

Thursday, November 19, 2009

Wednesday, November 18, 2009

SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU

SUASANA HARI LAHIR NASUHA





09102009:Genaplah Nasuha 'Irdhina Muhammad Ashraf 1 tahun.Waah, dah besar dah dia.Ni lah kali pertama anak ummiabi menyambut Ulangtahun kelahiran.ALHAMDULILLAH, syukur yang tak terhingga kehadrat Allah SWT kerana izinNya ummiabi diberi peluang untuk memiliki seorang cahaya mata yang sangat comel, kletah dan petah di hati ummiabi(walau hanya di mata kami)...

Ummiabi berbincang : Bila umur Nasuha genap setahun, ummiabi nak Nasuha mula memakai tudung bila keluar rumah terutama kalau pergi ke Bandar Miri. Bukan nak wajibkan hanya sekadar ingin membiasakan sahaja anak ummi bertudung. Alhamdulillah, impian kami untuk lihat Nasuha bertudung tercapai. Sekarang ni pun kalau Nasuha nak keluar rumah,Nasuha dah pandai cari tudung sendiri dan suruh wan atau ummi tolong pakaikan. Alhamdulillah…Nasuha seakan faham. Kadang kala seperti tak percaya tapi inilah hakikat…..itulah anak ummiabi…..Tapi bila Nasuha panas dan rasa tak selesa, mesti Nasuha nak bukak tudung. Tak pe la nak, bukak lah. Ummiabi tak memaksa..takut nanti langsung anak ummi xmoh pakai tudung:) Pakailah setakat mana yang termampu.
Bukan apa, teringat ummi pada hadith yang menyatakan bahawa ibu bapalah yang mencorakkan anak-anak. Sama ada Majusi atau Nasrani..jadi, ummi terpanggil untuk lakukan sesuatu sedikit demi sedikit,peringkat demi peringkat dalam mendidik dan mengasuh anak2 ummiabi…insyaallah….Sama seperti ibu bapa lain, di setiap doa ummi, ummi mahukan anak2 ummi(insyaallah) menjadi anak-anak yang soleh solehah, mentaati ibubapa, orang yang lebih tua selagi tidak bertentangan syariah. Ummiabi juga mengharapkan anak2 ummiabi suatu hari nanti tergolong dalam golongan hamba yang sentiasa berusaha membantu agama Allah. Wah, besar sungguh hajat ummi ni..tapi inilah hakikatnya…. Ummi mohon sentiasa diberi kekuatan, ketabahan oleh Allah SWT dalam mendidik anak. Takut benar rasanya tersalah mendidik AMANAH Allah ini. Namun…hari demi hari, masa berganti masa… pengetahuan, ilmu, pengalaman dan kemahiran pastinya ummiabi perlu gali sedalam-dalamnya sebagai tanda arah serta panduan kami untuk mendidik anak-anak seperti mana yang dituntut olehNya..

InsyaAllah.....

Friday, August 21, 2009

MAJLIS AQIQAH

Kali ni nak share gambar sekitar hari Nasuha di Aqiqahkan. Time Raya Haji 2008 di Kg Cheng, Melaka..
MySpace





Saturday, August 8, 2009

HARI INI....

Kasihan nasuha...
Hari ni Sabtu, hari cuti.....tapii...Ummi n Abi terpaksa tinggalkan nasuha ngan wan lagi sbb sekolah ummiabi ada buat majlis perpisahan(pengetua lama) sekali dgn majlis selamat datang buat pengetua baru skolah kami...

Majlis tsebut diadakan di Hotel Dynasty kat bandar Miri...sayu hati ummi tgk nasuha nanges time ummi salam n cium dahi nasuha n wan sebelum ummi keluar rumah. nasuha nanges sbb nak ikut. ummi ngan abi minta maaf ye syg...sepatutnya, time cuti ummi duk umah sama nasuha, abi n wan kan? kita habiskan masa bsama2 tp tu la....kami tpaksa.... dr pagi pukul 10 lebih kami pergi, ptg pukul 5 lebih br smpy rumah. lepas majlis tu dlm pukul 2petang, ummiabi ada urusan sket kat miri, so kne settle kan dl...

ummi tringat pd ucapan pengetua dlm majlis td, dlm kehidupan ini. apa shj kita lakukan pasti ada pengorbanan n sdh pastinya ada yg tkorban...maafkn ummiabi sbb kami tlh korbankan masa kita bsama hr ini. kita sama2 tlh tkorban..takpe2, esok hr ahad, ummi akan pastikan kita akan habiskan masa bsama k.. bi iznillah...

Saturday, July 25, 2009

Mulai dari hari ni...









Semua kisah pasal Family Nasuha akan dimuatkan dalam blogspotni..pasni xyah pening2 bkak worpress lagi k...mmm, xsaba rs nya nak kongsi cerita dgn pengunjung lain. ni ummi ada post gambar-gambar NASUHA 'IRDHINA....

>>ummunasuha<<

LaGi2 hOteL...dr wordpress jugaaak..

Sejak abi kursus 2 minggu kat hotel ni, ummi n wan asek bw nasuha pi tido hotel je tiap hujung minggu...tido kat bilik abi la...seronok juga nasuha rasa tp tu la..nasuha xboleh merangkak n main dgn bebas.ummi n wan kata carpet tu kotor:/ xbest la mcm tu.....tp xpela...ummi n wan xnak nasuha sakit, sebab tu xbg main kotor....

pg td abi bw kami gi sarapan kat cafeteria hotel.nasuha duduk kat kerusi baby daaaaaan makan bubur nasiiii...best nyeeer...!Umi makan banyak plak hari ni.macam2 umi makan.pastu sblm naik bilik abi suapkan nasuha air jus...eeerk...masam gileeeeer.okla...kami nak b'kemas checkout pulang ke rumah ni.nanti x sempat pulak nak kluar.

mmm...sampai bertemu lagi dilain masa!tatatititutu!
Wassalam.

by,

abi